Pandangan Pertama Perpustakaan SKTDA
SK Taman Damansara Aliff, JB memulakan operasi pada 1 Jan 2012. Pendaftaran murid-murid ke SKTDA sesi 2012 berjalan dengan lancar. Walaupun kemudahan-kemudahan di sekolah di tahap minimum lengkap, namun para guru gagah menghadapi segala kekangan dan dugaan.
Salah satu kemudahan di sekolah yang masih belum lengkap ialah Perpustakaan sekolah. Pusat Sumber amat penting bagi sesebuah institut pendidikan. Di sinilah segala ilmu dikumpul dan dijilidkan bagi tatapan pencinta ilmu. Alhamdulillah, dengan bilangan bilik-bilik khas yang begitu banyak adalah diharapkan dapat berlangsungnya proses memdidik dengan efisyen.
Perpustakaan SKTDA terletak di Tingkat 4, Blok A (Pentadbiran). Keluasan yang melangkaui satu aras ini amat menggalakkan penjanaan idea-idea bagi ruangan-ruangan & kawasan pameran / rujukan. Walau bagaimanapun, oleh kerana SKTDA merupakan sekolah yang baru berdaftar maka wang PCG tidak dapat disalurkan secepat yang mungkin bagi merealisasikan angan-angan GPM.
![]() |
| Ruang membaca |
Ruang membaca yang luas dan selesa dengan penyaman udara berpusat dan lantai berjubin dapat memberikan keselesaan pada pengunjung PSS.
![]() |
| Ruang Perpustakaan yang luas |

